KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE 35/2017


Sejajar dengan takwim tahunan sekolah,Sk Sri Kerian telah mengadakan Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah pada 23 Februari 2017.
      Bertepatan dengan visi dan misi kementerian Pendidikan Malaysia,acara sukan ini diadakan agar Sk sri Kerian dapat melahirkan para pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi bidang akademik bahkan juga aktif dalam bidang sukan.
    Kejohanan tersebut menyaksikan pelbagai acara dipertandingkan seperti acara-acara balapan 100m,200m,lari berpagar 80m dan lari berganti-ganti 4 x 100m,serta acara - acara padang,antaranya lompat tinggi,lompat jauh dan lompat peluru.
    Turut memeriahkan kejohanan ialah para ibu bapa yang turun memberikan sokongan kepada anak masing-masing,sokongan yang telah ditunjukkan berjaya membangkitkan semanagat para peserta yang mewakili rumah sukan masing-masing.Begitu juga dengan usaha para guru yang bertindak sebagai ahli jawatankuasadan pegawai pertandinagan yang telah menunjukkan tahap kecekapan dan professionalisme yang tinggi dalam menjayakan kejohanan berkenaan.
    Upacara perasmian yang berlangsung pada hari kejohanan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha,En.Mohamad Adhar Bin Zakaria,Penolong PPD Pembangunan
PPD Kerian
           



En.Mohamad Adhar Bin Zakaria,Penolong PPD Pembangunan
PPD Kerian merasmikan upacara 








Antara Kejohanan Padang Dan Balapan dipertandingkan












Rumah Sukan














Acara Penerimaan Hadiah















0 comments:

Post a Comment