SELAMAT BERSARA & SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU




EN.ZAINI BIN IDRIS
 ( GURU BESAR 2014 - SEKARANG )









PUAN HAMSIAH BINTI MOHAMAD
 ( GURU BESAR 2009 - 2014 )



           
        PUSAT SUMBER @ Sk Sri Kerian


                                            SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

          Perpustakaan  Sekolah Kebangsaan Sri Kerian telah diwujudkan seawal pembukaan sekolah. Pada masa itu PSS dikenali sebagai khutub khanah. Pada tahun-tahun awal pembukaan sekolah, khutub khanah diwujudkan di Sekolah Melayu Perempuan di Jalan Padang.

          Setelah bangunan baru dibuka pada tahun 1977 di tapak baru JKR 1082, perpustakaan ditempatkan di sebuah stor kecil bersebelahan bilik darjah tahun 6 . Kini bilik tersebut telah dijadikan Kedai Buku Sekolah.

          Pada tahun 1990 PSS telah dipindahkan ke bilik yang lebih selesa di bangunan baru 2 tingkat yang siap dibina iaitu pada 12 Februari 1990. Jumlah buku pada masa itu ialah lebih kurang 5000 buah.

          Pada tahun 2005, PSS sekali lagi dipindahkan ke bangunan baru 4 tingkat. PSS terletak di aras 3 sebuah bilik khas berkeluasan 7 bay bersebelahan dengan Bilik Gerakan.. PSS dilengkapi dengan pendingin hawa. Pusat Sumber Sekolah menggunakan sistem automasi e-khutub khanah dan bilangan buku kini telah bertambah lebih daripada 13900 buah.

          Sehingga kini PSS telah diterajui oleh beberapa orang guru PSS. Antaranya ialah En. Fazil Akmal bin Ahmad, Pn. Hjh. Halimah bt. Mat Ali, Pn. Hasmah bt. Sharif, Pn. Hjh. Deswati, Pn. Suhaila bt. Ngah Ali dan kini Pn. Rosmawati bt. Mohamad  Yusof. 



sudut di PSS


 Ict



                                                                                        Ruang Bacaan




Sudut Pameran





Sudut Tayangan




                                                                      Rak Buku



Sudut Kraftangan





Sudut Herba






AKTIVITI


Program Nilam



Bercerita





Keceriaan PSS




Minggu Membaca