KEM SAHSIAH DIRI  2017


6 Mac 2017 ( Sabtu ) - Program ini dianjurkan oleh Unit persatuan Pendidikan Islam Sk sri Kerian.Program ini dilaksanakan setiap tahun bagi membantu para pelajar yang terlibat untuk mengubah sikap supaya lebih berdisiplin dan memberi fokus yang lebih terhadap pelajaran khususnya di sekolah.Oleh itu program ini telah menggariskan beberapa  objektif yang perlu dicapai seperti berikut :


  • Pengintegrasian nilai-nilai agama kepada pelajar mudah-mudahan menjadi pelajar yang soleh dan solehah
  • Untuk membentuk dan membina generasi yang berintegriti dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi
  • Untuk memastikan peraturan sekolah sentiasa menjadi teras dalam mendisiplinkan pelajar
  • Untuk memberi kesedaran kepada pelajar yang terlibat di dalam program ini tentang tanggungjawab terhadap diri sendiri dan sekolah
  • Untuk menerapkan nilai-nilai kesopanan dan hormat - menghormati terhadap hak individu lain        





HARI PENDAFTARAN

































AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM





KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE 35/2017


Sejajar dengan takwim tahunan sekolah,Sk Sri Kerian telah mengadakan Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah pada 23 Februari 2017.
      Bertepatan dengan visi dan misi kementerian Pendidikan Malaysia,acara sukan ini diadakan agar Sk sri Kerian dapat melahirkan para pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi bidang akademik bahkan juga aktif dalam bidang sukan.
    Kejohanan tersebut menyaksikan pelbagai acara dipertandingkan seperti acara-acara balapan 100m,200m,lari berpagar 80m dan lari berganti-ganti 4 x 100m,serta acara - acara padang,antaranya lompat tinggi,lompat jauh dan lompat peluru.
    Turut memeriahkan kejohanan ialah para ibu bapa yang turun memberikan sokongan kepada anak masing-masing,sokongan yang telah ditunjukkan berjaya membangkitkan semanagat para peserta yang mewakili rumah sukan masing-masing.Begitu juga dengan usaha para guru yang bertindak sebagai ahli jawatankuasadan pegawai pertandinagan yang telah menunjukkan tahap kecekapan dan professionalisme yang tinggi dalam menjayakan kejohanan berkenaan.
    Upacara perasmian yang berlangsung pada hari kejohanan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha,En.Mohamad Adhar Bin Zakaria,Penolong PPD Pembangunan
PPD Kerian
           



En.Mohamad Adhar Bin Zakaria,Penolong PPD Pembangunan
PPD Kerian merasmikan upacara 








Antara Kejohanan Padang Dan Balapan dipertandingkan












Rumah Sukan














Acara Penerimaan Hadiah