@Pusat Akses Sk Sri Kerian

Pusat Akses Sekolah merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self-learning) yang berkonsepkan 'cyber cafe'.  Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang dan guru bertindak sebadai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.......//














MAJLIS PERASMIAN SURAU RAUDHATUL ILMI
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KERIAN



           Pada 8 Mac 2014 ( Sabtu )  Kegembiraan jelas terpancar pada wajah seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sri Kerian apabila  Surau Raudhatul Ilmi yang dibina sejak November tahun  lalu siap dan sudah boleh digunakan.
Majlis Perasmian yang dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Seri (Dr)haji Harussani Bin Haji Zakaria Mufti Perak.Dengan terbinanya surau ini, maka pihak sekolah dapat melakukan pelbagai aktiviti melibatkan kerohanian untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid-murid.
Terima kasih kepada semua warga SKSK kerana telah bekerjasama dalam menjayakan majlis ini dengan sempurna..Selain itu..Pihak sekolah juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada individu-individu yang sudi menderma untuk proses pembinaan surau ini......





 Ketibaan Mufti Perak untuk merasmikan surau



 Bacaan doa oleh Ustaz Fakhruz


 Ucapan YDP PIBG Sksk


 Ucapan & perasmian oleh Mufti


Ucapan oleh Guru Besar Pn.Hamsiah








 Perasmi @ Mufti Perak menandatangi plag 




 Melawat Surau 



Tetamu VIP & semua tetamu menikmati hidangan makanan


Plag yang ditandatangi oleh Mufti Perak


Mufti Perak,Guru Besar ,Ydp Pibg ,Tetamu Vip serta Ajk Pibg bergambar dihadapan surau yang menjadi kebanggaan Sksk