SAMBUTAN HARI GURU 2016




TARIKH    : 16 MEI 2016
MASA        :  7.45 - 10.30
TEMPAT   : DEWAN SK SRI KERIAN


Sambutan Hari Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2016 telah diadakan dengan meriah dan penuh ceria.Sambutan Hari Guru ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru Dan Kakitangan.Pelbagai program telah diatur bagi memeriahkan lagi sambutan hari istimewa buat para guru.Acara dimulakan dengan bacaan yasin yang diketuai oleh Ustaz Fakhruz yang melibatkan semua guru dan pelajar-pelajar Sk Sri Kerian.Program diteruskan dengan acara dewan yang dimulakan dengan ucapan  ketua pelajar, Guru Besar dan seterusnya ucapan perutusan dari ketua Pengarah dan Menteri Pendidikan diwakili oleh Penolong Kanan Koko dan Pentadbiran.Sambutan diteruskan dengan aktiviti luar dengan permainan seperti bowling padang dengan menggunakan buah kelapa dan sebagainya.
Tema Sambutan hari guru kali ini disepakati oleh semua iaitu  " Arabian Style "

                                                            
  SELAMAT HARI GURU

 " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "