بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
َالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَخَاتَمِ النَّبِيِّين َوَعَلَى آلِهِ َوَأصْحَاِبهِ َأجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Tuhan kami,
kami bersyukur kerana pada pagi Rabu ini,
engkau izinkan kami warga SKSK
untuk membaca Yasin bersama-sama, sebagai tanda perpaduan,
seterusnya menadah tangan bermunajat kepadamu,
sebagai tanda pengabdian.
Ya Allah! Ya Rahman Ya Rahim.
Ampunilah dosa-dosa kami,
dosa kedua ibu bapa kami dan dosa guru-guru kami.
Sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha pengampun,
lagi maha mengasihani.
Ya Allah! Ya Alim, Ya Khabir!
Sempena Hari Guru pada tahun ini,
Kami memohon ke hadrat mu Ya Allah,
Berkatilah segala usaha guru-guru kami,
ganjarilah pengorbanan dan susah payah mereka mendidik kami,
sebagaimana ganjaran yang engkau kurniakan
kepada para rasul dan para nabi.
Ya Allah! Ya Qahhar, Ya Jabbar!
Kurniakanlah petunjuk kepada guru-guru kami,
agar mereka sentiasa berdedikasi dan tinggi integriti.
Kurniakanlah kekuatan kepada guru-guru kami,
agar mereka dapat menangani segala karenah kami.
Kurniakanlah jua Ya Allah, kesatuan kepada guru-guru kami,
agar mereka sepakat bekerja dan bersatu hati.
Seterusnya ya Allah!
Jadikanlah mereka guru-guru yang berinovasi sentiasa,
bagi melonjakkan transformasi pendidikan negara kami yang tercinta,
Selaras dengan tema yang disambut bersama,
iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Sekolah Kebangsaan Sri Kerian,Parit Buntar telah pun mengadakan Hari Guru pada hari Rabu bersamaan dengan 16 MAY 2012 yang diadakan di Dewan Sekolah Sri Kerian...