LATIHAN KEBAKARAN Objektif : 1. Murid dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran . 2. Murid dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran. 3. Murid dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran Prosedur: Aktiviti : 1. Guru membunyikan loceng amaran kebakaran 2. Murid keluar dari kelas masing-masing secara teratur tetapi pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan. 3. Murid berkumpul di luar bangunan sekolah, iaitu di depan sekolah. 4. Guru menerangkan tujuan latihan kabakaran kepada murid. 5. Murid balik ke kelas masing-masing. |
Latihan Kebakaran Tahun 2012
Siri pertama latihan kebakaran telah diadakan pada30 MAC 2012. Latihan bermula jam 9pagi dan berakhir sekitar jam 9:30 pagi. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang diadakan setiap tahun sebagai persediaan dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran di sekolah.
KONVENSYEN DAN ANUGERAH PIBG CEMERLANG SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KERIAN 2011
Warga SK Sri Kerian mengucapkan syabas dan taniah kepada PIBG SK Sri Kerian kerana telah mendapat tempat ke-3 KOnvensyen dan Anugerah PIBG Cermerlang Sekolah-sekolah Daerah Kerian Tahun 2011.
Perkhemahan PBB Peringkat Negeri Perak
Taniah kepada Filza Nurut (PPIM) dari SK Sri Kerian yang telah berjaya dianugerahkan peserta terbaik perempuan di perkhemahan PBB peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Puasat KO Batang Padang pada 21 - 24 MAC 2012.
Moga SK Sri Kerian terus menjadi sekolah yang terbaik dimasakan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)