PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM



8 oktober 2016 ( Sabtu ) - Aktiviti Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Sk Sri Kerian telah diadakan pada 8 hingga 9 oktober.Lokasi aktiviti perkhemahan ialah kawasan dewan,padang dan
kawasan sekitarnya.Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik,larian komando,sukaneka,pemasangan & hiasan khemah,pertandingan memasak,kembara sufi dan sebagainya.
Selain daripada itu aspek perkembangan sosial pelajar juga diberi penekanan khusus.
Adalah diharapkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan selama 2 hari 1 malam ini akan dapat memupuk semangat bekerjasama dan sikap berdikari peserta serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri pelajar.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru,staff serta Pibg Sekolah yang membantu menjayakan program ini





Pelajar diberi taklimat khas oleh kem komandan ( Ustaz Fakhruz )






Slot senam robik yang diketui oleh Cikgu Ira






Slot larian komando





Slot memasang dan hiasan khemah











 Slot aktviti pertandingan persembahan 








































SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2016





Kepada semua pelajar tahun 6, semoga dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan
didoakan semoga berjaya dengan cemerlang inshaAllah

  Bilangan calon Upsr  : 37 Orang
 Calon PPKI                : 3  Orang








SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL FITRI 2016







Ucapan Oleh Guru Besar

Bacaan doa oleh Cikgu Mazlan

Guru Dan Pelajar PPKI Pendengaran






Guru dan Pelajar bergambar mesra





Guru-Guru mengambil peluang bergambar bersama











 Guru dan Kakitangan membuat persiapan untuk jamuan raya



PROGRAM LAWATAN EXCO PENDIDIKAN PERAK



TARIKH           : 18 Mei 2016 ( RABU )
MASA               : 11 Pagi
TEMPAT          :  Bilik Gerakan Sk Sri Kerian



     Program Lawatan Kerja YB Exco Pendidikan Dato' Dr.Haji Muhammad Amin Bin Zakaria
ke Sk Sri Kerian dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis iatu PK Koko En.Musa  dan ucapan serta penerangan persediaan pihak sekolah untuk menghadapi peperiksaan UPSR untuk murid Tahun 6 oleh Guru Besar En.Zaini.Seterusnya  YB Exco memberikan ucapan yang mana dalam ucapanya itu banyak memberi nasihat kepada murid tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR.Semua pelajar Tahun 6 juga diberikan sumbangan iaitu beg sekolah.Setelah tamat majlis di Bilik Gerakan semua tetamu dijemput ke kantin untuk menikmati makanan tengahari.Turut menghadiri Program ini ialah Penolong Pengarah JPN Perak,Pengarah Yayasan Perak dan Pegawai-Pegawai dari PPD Kerian.





Menyantuni ketibaan YB Exco Pendidikan Perak dan Tetamu Kehormat 




Ucapan Pengerusi Majlis PK Koko En.Musa




                                                Ucapan dan penerangan dari Guru Besar En.Zaini




Ucapan dari YB Exco Pendidikan Perak


                                                 
                                                      Pelajar Tahun 6 menerima sumbangan





                                        Cenderahati disampaikan kepada tetamu kehormat


                                Gambar kenangan Guru SKSK bersama Pegawai PPD Kerian
























 









SAMBUTAN HARI GURU 2016




TARIKH    : 16 MEI 2016
MASA        :  7.45 - 10.30
TEMPAT   : DEWAN SK SRI KERIAN


Sambutan Hari Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2016 telah diadakan dengan meriah dan penuh ceria.Sambutan Hari Guru ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru Dan Kakitangan.Pelbagai program telah diatur bagi memeriahkan lagi sambutan hari istimewa buat para guru.Acara dimulakan dengan bacaan yasin yang diketuai oleh Ustaz Fakhruz yang melibatkan semua guru dan pelajar-pelajar Sk Sri Kerian.Program diteruskan dengan acara dewan yang dimulakan dengan ucapan  ketua pelajar, Guru Besar dan seterusnya ucapan perutusan dari ketua Pengarah dan Menteri Pendidikan diwakili oleh Penolong Kanan Koko dan Pentadbiran.Sambutan diteruskan dengan aktiviti luar dengan permainan seperti bowling padang dengan menggunakan buah kelapa dan sebagainya.
Tema Sambutan hari guru kali ini disepakati oleh semua iaitu  " Arabian Style "

                                                            
  SELAMAT HARI GURU

 " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "