HARI PENYERAHAN KEPUTUSAN UPSR 2015

Tahniah kepada calon UPSR 2015 yang mendapat keputusan yang cemerlang khasnya dan juga kepada semua calon UPSR amnya.Semoga kejayaan ini sebagai permulaan untuk terus berjaya di masa hadapan.In shaa Allah



Untuk Makluman :

Calon UPSR 2015                       : 42 Orang
Calon yang mendapat 5A      :   5 Orang
Calon yang mendapat 4A      :   3 Orang
Calon yang mendapat 3A      :   9 Orang


 TAHNIAH !!!!!!!


calon-calon sedang berkumpul di dewan sekolah


Guru Besar memberi ucapan

 calon yang mendapat 5A

calon yang mendapat 5A

calon yang mendapat 5A

       calon yang mendapat 5A


       calon yang mendapat 5A













   calon yang mendapat 5A



    calon yang mendapat 4A





MAJLIS SOLAT HAJAT DAN  BACAAN YASIN UNTUK CALON UPSR 2015



Pada 3 September 2015, Sk Sri Kerian telah menganjurkan majlis solat hajat dan bacaan yasin untuk calon UPSR 2015 yang diadakan di Surau Raudhatul Ilmi.Majlis dihadiri oleh semua guru,kakitangan dan calon UPSR serta ibu bapa,majlis dimulakan dengan solat maghrib,solat hajat,bacaan yasin dan solat isyak
    Pihak SKSK mendoakan dan berharap semua calon UPSR dapat menjawab soalan UPSR dengan tenang dan bersungguh-sungguh serta memperolehi kejayaan yang cemerlang inshaa Allah..Ameen...



 Bahagian Pendaftaran

Solat hajat







Bacaan yasin dan doa


 Calon UPSR bersalaman dan memohon restu dari guru dan ibu bapa



 Calon UPSR bersalaman dan memohon restu dari guru dan ibu bapa








PERTANDINGAN SURAU PERINGKAT NEGERI PERAK 2015


Pada 22 Jun 2015, Pemantauan surau dijalankan oleh 2 orang dari Sektor pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan  juga 2 orang wakil dari  PPD Kerian turut serta menghadiri.
   Pemantauan dimulakan dengn penerangan oleh Tuan Guru Besar En.Zaini Bin Idris dan seterusnya pemantau memeriksa segala aspek berkenaan yang perlu dipantau.

Jika bukan kemenangan,faedahnya tetap berkekalan...
terima kasih kepada  semua warga SK Sri Kerian yang berganding bahu dalam usaha mengimarah SURAU RAUDHATUL ILMI, Alhamdulillah dan  Tahniah!



Ketibaan pemantau ( Pegawai JPN Perak )








Tuan Guru Besar sedang memberi taklimat






sesi soal jawab












Sesi lawatan kawasan Surau

















Gambar kenangan bersama Pegawai JPN Dan PPD
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2015



Hikmah Kebesaran Puasa Dan Keberkatan Ramadhan

PERATURAN puasa itu merupakan satu mata rantai di antara peraturan-peraturan yang dijanjikan Tuhan kepada Nabi Adam dan isterinya, waktu mengeluarkan mereka dari syurga setelah mereka melanggar hukum Tuhan. Oleh itu supaya Tuhan tidak murka kepada kita, dan untuk kita menjadi umat yang baik dan terpelihara, seperti umat-umat yang terdahulu yang mulia dan terpelihara, maka hendaklah kita bersungguh-sungguh melakukan ibadah puasa dalam ertikata yang sebenar-benarnya, serta juga ibadah-ibadah lain dalam syariat agama kita.
Oleh kerana puasa itu mengandungi banyak hikmah dan rahsianya, dilaksanakan pula di bulan yang penuh rahmat dan penuh berkat, maka sewajarnya risalah kecil ini mampu menghurai sedikit sebanyak yang termampu, dalam usaha memaparkan rahsia-rahsia yang tersirat agar pada orang yang benar-benar ingin berbakti kepada Tuhannya, sebagai sebenar-benar hamba, rahsia-rahsia itu bukan lagi rahsia, bahkan sudah menjadi amalan yang istiqomah baginya.

Selamat Hari Raya Aidiladha



Hari Raya Aidiladha ('Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan.

Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.