MAJLIS PERASMIAN SURAU RAUDHATUL ILMI
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KERIAN



           Pada 8 Mac 2014 ( Sabtu )  Kegembiraan jelas terpancar pada wajah seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sri Kerian apabila  Surau Raudhatul Ilmi yang dibina sejak November tahun  lalu siap dan sudah boleh digunakan.
Majlis Perasmian yang dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Seri (Dr)haji Harussani Bin Haji Zakaria Mufti Perak.Dengan terbinanya surau ini, maka pihak sekolah dapat melakukan pelbagai aktiviti melibatkan kerohanian untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid-murid.
Terima kasih kepada semua warga SKSK kerana telah bekerjasama dalam menjayakan majlis ini dengan sempurna..Selain itu..Pihak sekolah juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada individu-individu yang sudi menderma untuk proses pembinaan surau ini......





 Ketibaan Mufti Perak untuk merasmikan surau



 Bacaan doa oleh Ustaz Fakhruz


 Ucapan YDP PIBG Sksk


 Ucapan & perasmian oleh Mufti


Ucapan oleh Guru Besar Pn.Hamsiah








 Perasmi @ Mufti Perak menandatangi plag 




 Melawat Surau 



Tetamu VIP & semua tetamu menikmati hidangan makanan


Plag yang ditandatangi oleh Mufti Perak


Mufti Perak,Guru Besar ,Ydp Pibg ,Tetamu Vip serta Ajk Pibg bergambar dihadapan surau yang menjadi kebanggaan Sksk





PROGRAM KESIHATAN ( PENJAGAAN GIGI & DIRI )



TARIKH                : 24 Februari  2014
MASA                   : 10.30 Pagi
TEMPAT              : Dewan Sekolah
PENCERAMAH   : Pegawai Perubatan Pergigian dari Klinik
                                 Gigi Parit Buntar




TAHUKAH anda bahawa nafas berbau, pereputan gigi dan gusi yang bengkak adalah disebabkan oleh plak? Memiliki kesihatan mulut yang optimum adalah penting untuk memiliki personaliti yang meyakinkan.

Percaya atau tidak, memberus gigi adalah salah satu daripada cara termudah untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan keyakinan diri.
Dalam satu kajian oleh Nielsen untuk kempen Oral-B 'Lebih Berus, Lebih Senyum Malaysia 2012', 93 peratus responden bersetuju bahawa nafas yang segar membina keyakinan diri manakala 78 peratus berasa kurang yakin sekiranya mengalami masalah pereputan gigi. 81 peratus pula akan mengawal ketawa sekiranya memiliki gusi yang bengkak atau nafas berbau (78 peratus).




                                  
         

       Pelajar dan Guru mengambil tempat untuk memulakan Program Kesihatan



 Pegawai kesihatan ( Jururawat Pergigian ) memulakan sesi ceramah 






 Sesi  soal jawab @ kuis Pegawai Kesihatan ( Jururawat Pergigian ) dengan pelajar





  Pegawai Kesihatan menunjukkan teknik memberus gigi dengan betul



Puan Zubaidah selaku PkHem menyampaikan cenderahati kepada Pegawai Kesihatan
sebagai tanda penghargaan............




Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 & E-Kasih 

Tahun 2014

Salam 1 Malaysia!!!

Pada 6 Februari Sk Sri kerian mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100  untuk Tahun 2014 kepada semua pelajar.

Majlis disampaikan oleh En.Abu Bakar Bin Mat Ali  merupakan ketua Umno Bahagian Parit Buntar Majlis berlangsung pada pukul 3.00 petang di Dewan Sekolah.

Terima kasih kepada semua warga SKSK kerana telah bekerjasama dalam menjayakan majlis ini dengan sempurna.
Kelebihan & baiknya sesuatu itu datangnya daripada Allah, dan kekurangan sesuatu itu datangnya daripada kelemahan kami...
Terima kasih juga kepada kerajaan Malaysia dengan keperihatinan memberi bantuan ini.























HARI PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2013


Tempat  : Dewan Sekolah
Tarikh   : 14/11/2013

Jadual di bawah menunjukan peratusan keputusan UPSR antara 2012 & 2013


 2012
 2013
 Murid
 46 Orang
 44 Orang
 Kualiti ( 5A )
 21.74 %
 31.82 %
 Kuantiti
 82.61 %
 84.02 %
 GPS
 1.79 %
 1.67 %

Jumlah calon yg mendapat 5A ialah 14 orang